ASAL-USUL KHAT ARAB

1.0 PENGENALAN

Seni merupakan suatu unsur yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Seni merupakan hasil daripada gambaran yang terdapat dalam pemikiran manusia dan dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, ukiran, lukisan dan sebagainya. Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada cirri-ciri Islam. Dengan mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami dan menghayati kehalusan seni yang terdapat dalam sesebuah tamadun Islam. Islam bukan sahaja membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya, tetapi ia menggalakkan perkembangan kesenian tersebut. Namun demikian kebenaran Islam haruslah menepati dan seiring dengan syariat Allah S.W.T.. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Bahawa sesungguhnya Allah S.W.T itu indah dan kasih kepada yang indah”.

Antara hasil kesenian Islam yang dapat kita lihat sebagai bukti kehebatan sesebuah tamadun Islam itu sendiri adalah melalui seni bina bangunan istana atau masjid dalam tamadun tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan terbinanya Taj Mahal, salah satu daripada keajaiban dunia yang menjadi kebanggaan masyarakat India hasil daripada ilham beberapa cendikiawan Islam Persia khususnya yang terhasil melalui pengaruh Hindu-Persia. Selain daripada Taj Mahal, Alhambra merupakan sebuah lagi bukti kehebatan seni bina Islam yang terdapat di Sepanyol. Bekas kubu pertahanan Kerajaan Islam Granada ini mempunyai keluasan kira-kira 14 hektar. Kehebatan para cendikiawan Islam yang membina kota tersebut dapat diperhatikan di melalui ukiran-ukiran pintu dan dinding yang melambangkan senibina istana Islam. Begitu juga dengan beberapa binaan yang lain seperti Qutb Minar di India dan lain-lain lagi. Selain kehebatan seni bina Islam itu, kita juga dapat melihat kemahiran para pengukir yang turut sama menghasilkan karya seni ukiran yang agung. Kehebatan seni ukiran ini secara tidak langsung turut sama membantu menjulang kegemilangan sesebuah tamadun.

Terdapat satu lagi keistimewaan kesenian Islam iaitu dari segi kaligrafinya. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Akan tetapi, sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan zaman-zaman pemerintahan Islam yang lain seperti zaman kerajaan Umawiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain zaman. Kesenian kaligrafi ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri.

2.0 SENI KHAT ARAB/KALIGRAFI ISLAM

2.1 Seni Kaligrafi

Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini bearasl dari bahasa Yunani iaitu kalios yang bererti indah dan graphia yang bererti tulisan. Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan Islam. Sebagai bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi bahan yang sangat kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan hadis kerana sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis Nabi S.A.W. (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar,Jilid 5.2001).

2.2 Seni Khat

Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh orang Islam. Keindahannya diabadikan di bangunan-bangunan, kubah masjid, seramik kaca selain diukir diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari ini, seni khat terus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W. seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya (Noraini Muhammad 2009).

Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan sahaja terdi dari kalangan orang Arab bahkan pelbagai keturunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India, Melayu dan lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesat sekali, seiring dengan perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam (Zulina Hassan 2009).

Terdapat pelbagai jenis bentuk khat yang ditulis. Antaranya ialah khat nasakh, thuluth, rihan, muhaqqaq, tauqi’, riq’ah, diwan, ta’liq, nasta’liq dan lain-lain. Namun yang demikian, seni khat yang tertua ialah khat kufi. Khat nasakh mula terkenal dan diminati mulai abad kelima masihi. Ia sebenarnya merupakan khat kufi yang diubahsuai oleh Qutabah. Khat ini diperkenalkan oleh al-Dhahaq bin Iljan. Khat kufi ini berkembang dengan pesat pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Muhammad bin Muqalan, merupakan salah seorang menteri di Abbasiyyah yang mahir dalam penulisan khat jenis al-Duri. Diantara ahli khat yang terkenal ialah Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth. Yusuf al-Syujairi pula merupakan tokoh terkenal dalam bidang ini. Beliau menghasilkan khat jenis al-Riayasi. Begitu juga dengan al-Hasan al Naqulah, Muhammad al-Samsari, Muhammad bin Asad, Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab-terkenal kerana telah menulis Al-Quran dengan pelbagai gaya dan bentuk tulisan. Ada pendapat mengatakan sebanyak 64 buah Al-Quran pelbagai gaya tulisan tetapi sebahagian besar karyanya hilang atau terbakar), Syeikh Jamaluddin Taqut al-Mustakami dan ramai lagi tokoh penulis khat yang terkemuka. Seni khat ini diambil alih oleh orang Mesir, India dan Turki selepas kejatuhan Baghdad. Seni ini menjadi semakin terkenal sehingga tertubuhnya beberapa institusi khat di pelbagai negara Islam (Zulina Hassan 2009).

2.3 Asal Usul Khat Arab

Terdapat beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah, pendapat pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman kerajaan Saba’ di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat yang terakhir iaitu kkhat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Makkah serta jalan jauh iaitu melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Makkah dan Taif (Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam, Jilid 7.2009)

Tulisan khat dibawa melalui pedagang yang berniaga di Syam dan Iran, terutama Quraisy. Ini bererti ketika Islam disebarkan, segelintir kecil orang Arab telah pandai membaca dan menulis walaupun jumlah bilangan mereka adalah terhad sekali. Buktinya tawanan Perang Badar (musyrikin Makkah) dikehendaki mengajar anak umat Islam membaca dan menulis seramai 10 orang sebelum dibebaskan. Tulisan Arab ini akhirnya diperkenalkan ke seluruh dunia Islam. Mana-mana negara yang masih tidak mempu sistem tulisan sendiri pada masa itu mengambil seratus-peratus tulisan Arab menjadi tulisan mereka. Proses ini berlaku begitu cepat seiring dengan perkembangan pembelajaran Al-Quran (Noraini Muhammad 2009).

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SENI KHAT ARAB

Seni khat lahir serentak dengan kelahiran Islam. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.W. sejak awal lagi telah dicatatkan oleh para sahabat pada daun kayu, tulang dan sebagainya sehinggalah Al-Quran itu sempurna diturunkan selama 23 tahun. Ini bererti seni khat diperlukan untuk mengabadikan Al-Quran dalam bentuk penulisan. Justeru itu, peranan seni khat dalam sejarah perkembangan Islam adalah yang paling utama dan mengatasi cabang seni yang lain (Noraini 2009).

Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam. Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu. Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra’ ( bacalah ),maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci yang sehingga kini masih kukuh terpelihara Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas (Mohd Bakhir 2007).

Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis. Mengarah tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan sdiri mereka. Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tujuk ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis. Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah semasa di Madinah. Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa tersebut (Mohd Bakhir 2007).

Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi. Selain itu, Baginda juga menekankan tentang soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai-bagai itu. Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang dirujuk oleh Rasulullah s.a.w dengan segera mengilhamkan para penulis khat berusaha melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf dalam bahasa arab. Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq, Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian, Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit dan ramai lagi

Setelah itu kewafatan Nabi S.A.W, seni penulisan khat ini tidak terhenti sebegitu sahaja akan tetapi ianya semakin berkembang di setiap zaman bermula dari zaman Khulafa’ al-Rasyidin, zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah, zaman Islam di Mughal, Andalus dan lain-lain lagi. Pada awal tertubuhnya kerajaan Umaiyah, tulisan kaligrafi digunakan untuk keperluan administrasi negara. Pada perkembangan selanjutnya, tulisan ini terus diabadikan di dinding-dinding bangunan istana, kubah-kubah masjid, diukir di mimbar-mimbar dan beberapa tempat yang lain. Peralatan peperangan seperti pedang dan lembing serta barangan seramik juga tidak terlepas dari lakaran kaligrafi indah ini (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar,Jilid 5.2001).
4.0 SEJARAH KEMASUKKAN SENI KHAT ARAB DAN PENGARUHNYA DI NUSANTARA

Khat Jawi atau tulisan Jawi Arab adalah nama baru yang diletakkan kepada tulisan atau huruf Arab yang ditulis di Kepulauan Melayu. Perkataan Jawi berasal dari perkataan Jawa, memandangkan khat Arab mula bertapak di Kepulauan Jawa. Justeru tidak menjadi satu keunikan apabila disebut dengan nama Jawi kerana ia dinisbahkan kapada Jawa. Khat Jawi memain peranan penting dalam memartabatkan masyarakat Nusantara. Ini bermakna masyarakat Nusantara tidak mempunyai apa-apa khat sebelum khat Arab atau khat Jawi. Maka tidak mustahil kalau dikatakan tanpa tulisan Jawi, masyarakat Nusantara masih berada di tahap kejahilan. Tanpa penulisan mereka tidak dapat mempelajari sesuatu ilmu kerana setiap ilmu perlu ditulis terlebih dahulu sebelum ia dihafaz. Sesudah kemasukan Khat Arab maka satu revolusi berlaku, diantaranya ialah masyarakat Nusantara mula mempelajari huruf-huruf tersebut. Pengenalan tersebut memberi satu kekuatan baru kepada mereka untuk mempelajari al Quran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan agama Islam. (Mohd Bakhir 2007).

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa ahli-ahli sejarah telah menyatakan bahawa bangsa Arab di antara kaum yang paling banyak menjalankan perdagangan dan perniagaan mengikut jalan laut. Ini bermakna tidak keterlaluan kalau dikatakan merekalah yang telah mempelopori dan memonopoli perniagaan pada kurun-kurun sebelum kedatangan Islam. Seorang sarjana Islam Muhammad ibn Jarir Abu Ja`far al-Tabari (310H/920M) telah menegaskan bahawa sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab telah pun belayar berulang alik dari Cina ke negara-negara Arab. Mereka belayar melalui Selat Melaka di tengah-tengah Kepulauan Melayu. Dengan penjelasan di atas, adalah telah dikenalpasti bahawa khat Arab telah sampai ke Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Islam di awal kurun ke 2H.dan mula tersebar di beberapa kawasan di Acheh. Semenjak itu, khat Arab ini telah mula menarik minat ramai penduduk untuk mempelajarinya dan ianya semakin dan terus berkembang (Mohd Bakhir 2007).

5.0 PERKEMBANGAN KHAT DI MALAYSIA

Di Semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh pertemuan Batu Bersurat di Terengganu telah membuktikan bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia telah bermula sekitar kurun ke-7 Hijrah iaitu 702H/1303M di mana khat Arab telah terpahat di lubuk hati masyarakat Melayu. Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu. Berhampiran dengan batu tersebut terdapat batu pedang. Padanya terdapat khat kalimah Allah yang mirip khat kufi. Sejak pada itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan (Noraini Muhammad 2009).

Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Seperti contoh, tulisan ini diukir diatas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang diwarisi turun temurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al-Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam diseluruh Alam Melayu, seni khat diabadikan diatas duit syiling seperti pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-1459). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632-1677), wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, mop mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat Al-Quran. Khat yang diabadikan diatas tenunan songket dan hiasan menambahkan lagi keunikan penggunaan khat di Malaysia. Pameran khat juga sering diadakan di Malaysia dibawah anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. Hal ini bertujuan sebagai tanda kebangkitan kembali penghayatan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam. Diantara ahli khat Malaysia yang masyhur adalah seperti Syed Abdul Rahman al-Attas. Khat beliau diabadikan di bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Masjid Jamek, Bangunan Parlimen Malaysia, koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya), koleksi Sultan Johor dan lain- lain lagi (Zulina Hassan 2009).

6.0 KESIMPULAN

Maka kesenian merupakan satu perkara yang diharuskan di dalam Islam dan di antara kesenian yang digalak oleh Islam ialah Seni Khat Arab. Nabi s.a.w. telah memberi penekanan terhadap seni khat, sekalipun Baginda seorang Ummi. Syeikh Ali Abd Rahman al-Kelantani pernah menulis, Nabi S.A.W pernah bersabda, yang memberi maksud memberi penekanan ke arah tersebut berdasarkan kepada Hadith Rasulullah s.a.w. dalam sabdaNya: “Apabila kamu menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka cantikkanlah tulisan kamu sebagai membesar keagungan Allah S.W.T..” Dan di dalam Hadith yang lain Nabi s.a.w. telah bersabda: “Apabila kamu menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka panjangkan tulisan al-Rahman sebagai membesar keagungan Allah S.W.T..”Khat Arab ini perlu dipelihara oleh semua lapisan masyarakat ia boleh dianggap sebagai eset yang sangat berharga bagi generasi Muslim akan datang. Malah ia merupakan anugerah khusus daripada Allah S.W.T. kepada insan yang tersemai di dalam jiwanya ciri-ciri kesenian. Oleh yang demikian pembelajaran khat Arab harus diperkenalkan semula di semua peringkat pengajian bermula dari sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

contoh-contoh kaligrafi:
a) Khat Nasakh

b) Khat Thuluth Jali

c) Khat Farisi

Iklan

Komentar ditutup.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

tunas63

weblog untuk berbagi ilmu dan persaudaraan

Belajar Ilmu Nahwu Shorof Tata Bahasa Arab Online

Nahwu, Balaghah, Mu'jam, Sharaf, Kamus, Terjemah dll. Blog Santri Fasih Mengaji Kitab Kuning. nahwusharaf.WordPress.com site

Lirik Lagu Minang Lamo

Melestarikan Khazanah Budaya Ranah Minang

SMAN UNGGUL ACEH TIMUR

East Atjeh Superior High School

ABI FAIYADH BLOG

HIDUP DAN MATIKU UNTUK ALLAH

Obat Qalbu

Tempat kumpulan obat penawar qalbu

Tausiyah In Tilawatun Islamiyah

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴾ Artinya : "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". Q.s. Ar-Rum:30 ).

Artikel Islam Salafiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah Free Download Gratis Ebook MP3 Video Turorial Ceramah Kajian Islam | SALAFIYUNPAD.wordpress.com

Belajar Islam Dakwah Salafiyah Download Free Video Ebook Ceramah MP3 Gratis Ahlus Sunnah Kajian Islam Wanita Fikih Aqidah Konsultasi Syariah Bisnis Online

%d blogger menyukai ini: